Wednesday, May 4, 2011

Saudara Baru SeIslam..Alhamdulillah..

Maksudnya:
Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Setelah selesai menunaikan solat isyak, aku terdengar satu pengumuman yang kurang jelas ku dengari daripada Imam masjid Putra Nilai, lalu timbul seribu satu persoalan di fikiranku bertanyakan apakah yang sedang berlaku, makin lama makin ramai pula jemaah yang tampil ke hadapan untuk menyaksikan sesuatu, lalu aku bangun dan terus bergegas ke arah satu kumpulan jemaah di situ, lalu kelihatan seorang anak muda yang mana diwajahnya jelas terpancar 1001 harapan agar diberi petunjuk ke jalan yang lurus dalam merentasi arus kehidupan. Persoalan yang timbul di fikiranku tentang pengumuman yang diumumkan oleh salah seorang imam masjid Nilai terjawab, rupanya anak muda tadi adalah merupakan salah seorang penganut kristian yang ingin dibimbing untuk memeluk agama yang Suci iaitu Islam. Lalu mikrofon diberikan kepada tenaga pengajar yang mengajar pada malam tersebut lantas kudengari satu lafaz yang mulia iaitu kalimah syahadah disebut berulang kali agar anak muda tadi dapat mengikutinya untuk melafazkan bersama, satu persatu kalimah dilafazkan untuk diajar kepada anak muda tersebut. Alhamdulillah, kalimah syahadah berjaya dilafazkan walaupun tergagap-gagap kerana tidak terbiasa. Dengan itu berjayalah seorang pemuda kristian memeluk agama Islam. Lalu doa pun dibacakan oleh imam tanda kesyukuran dan memohon agar diberi hidayah serta kekuatan dalam menjalani kehidupannya sebagai saudara baru dalam Islam. Bila ditanya apakah nama yang ingin diletakkan lalu ia menjawab “Jaudin”, imam mencadangkan agar meletakkan nama islamnya Jalaluddin bin Abdullah lalu ia mengangguk tanda setuju.Para jemaah mula bersalaman dengannya serta menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebannya. Anak muda tersebut merupakan anak kelahiran negeri Sabah, beliau merupakan salah seorang pekerja di pasaraya Tesco Nilai. Beliau datang ke masjid Nilai ditemani oleh seorang rakannya. Sementara itu aku bertanya kepada rakannya tentang apakah yang menorong pemuda tadi untuk memeluk agama Islam. Ia menjawab pemuda tersebut tertarik dengan kelakuan abangnya yang baru juga memeluk Islam sentiasa menuju ke surau setiap kali waktu solat. Terdetik juga di hatinya untuk ikut sama tapi segan kerana beliau bukan Islam. Setelah itu beliau mula memberitahu hasratnya untuk memeluk Islam kepada kawannya.Pada malam itu iaitu tanggal 04/05/2011 hari rabu, selepas isyak beliau dibawa rakannya ke masjid Nilai untuk melafazkan kalimah syahadah. Semoga beliau bahagia dan tenang bersama Islam dan menjadi muslim yang soleh..InsyaAllah..

يَا مُقَلِّبَ القُلُوب, ثَبّت قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ وَعَلىَ طَاعَتِكَ

0 comments:

Post a Comment