syabab_meheli
Usah direnung Pahitnya USAHA tetapi Renunglah Manisnya Sebuah KEJAYAAN...
Saturday, February 7, 2015
Muhasabah hari ini
... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU
1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri
1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat
ibu/bapa kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.1
10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Sekian,wassaalam...
Wasiat untuk Guru
untuk para guru مربى
WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.
WASIAT KEDUA terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
WASIAT KETIGA tunjukkanlah pengharga anmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
WASIAT KEEMPAT ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.
WASIAT KELIMA baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
WASIAT KEENAM setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
WASIAT KETUJUH setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
WASIAT KELAPAN berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.
WASIAT KESEMBLAN dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerjabuatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
WASIAT KEDUA BELAS
pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.
WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya Allah perentah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.
Sekian,Terima Kasih.
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍
semua guru perllu tahu
Sunday, May 1, 2011
Kematian yang pasti..
Setiap masa dan ketika, tak kira tua atau muda, ada saja orang meninggal dunia.
Sesungguhnya berita-berita kematian ini sepatutnya menjadi peringatan yang besar kepada kita untuk lebih beriman dan bertakwa kepadaNYA.
ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185,
Maksudnya:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Tidak cukupkah lagi peringatan dan amaran yang ALLAH berikan kepada kita tu?
Tidak insafkah kita dengan berita-berita kematian yang kita dengar saban hari?
Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??
Sudah bersediakah kita untuk MATI?
Sahabat-sahabatku, MATI ITU PASTI.
Kita boleh mati bila-bila masa saja.
Esok?
Lusa?
Beberapa minit lagi?
Mati tidak mengenal usia tua atau muda, miskin atau kaya.
Yang sihat atau sakit.
Yang bekerja atau sedang belajar.
Bila tiba masa kita, Malaikat Maut pasti menjelma dan merentap nyawa kita.
Tatkala itu, kalau kita nak menjerit melolong minta tangguhkah saat kematian kita pun sudah tidak berguna lagi.
Apabila nyawa sudah ditarik, apa yang tinggal pada kita??
Apa bekalan yang kita bawa untuk berjumpa yang Maha Esa??
Allah akan nilai apa dari kita??
Banyak mana harta yang kita ada ker?
Apa pangkat kita ker?
Rumah kita besar mana ker?
Comel mana isteri kita ker?
Hensem mana suami kita ker?
Ramai mana anak-anak kita ker?
Ada nilai ker itu semua??!!!
Sahabat-sahabatku, sementara masa masih ada, sementara badan masih bernyawa, marilah kita sama-sama membuat
seberapa banyak amalan yang boleh.
Taat lah semua perintah ALLAH, dan tinggalkanlah semua perkara yang ALLAH larang.
Sesungguhnya kejayaan kita di akhirat nanti adalah bergantung kepada sejauh mana kita dapat taat
perintah ALLAH dan tinggal laranganNya, mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Kejayaan kita adalah bergantung kepada RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jadi, apakah matlamat dan maksud hidup kita atas dunia yang sementara ini??
Apakah yang kita kejar sebenarnya??
Sudahkah kita bersedia untuk bertemu yang Maha Esa??
Tepuklah dada....tanya IMAN....
Wednesday, April 27, 2011
SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
(Sumber dari teman-teman di facebook)
Thursday, February 10, 2011
Haram Sambut Hari kekasih / Valentine’s Day, 14 FEB
Setiap tahun, golongan alim ulamak sentiasa memperingati kaum muslimin dan muslimat terutamanya kalangan pemuda-pemudi tentang bercanggahnya dengan hukum Islam mengenai sambutan Hari Valentine atau hari kekasih, namun berapa ramaikah yang memandang serius tentang isu ini??. Golongan muda, kebanyakan akan terikut-ikut untuk menyambut serta meraikannya. Selain itu, Deejay-deejay di radio dan pengacara-pengacara di TV juga selalu suka mempromosinya. Sejauh manakah kesedaran kita dalam hal ini?Dimanakah peranan kita sebagai umat Islam???
Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan tersebut (Kristian).
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” .
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.
“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam..,.Sekian..
Wednesday, January 26, 2011
CARA SEMBAHYANG
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.
![]() | NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT) |
| |
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya:
| |
![]() | Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah badan. | ![]() |
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud. | |
| |
![]() | TAKBIRATUL IHRAM |
![]() | ![]() | ![]() |
Allahu Akbar |
![]() | Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas. |
![]() | Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang. Lelaki - di bawah telinga Perempuan - di bawah paras bahu | ![]() |
![]() | BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) |
| ![]() |
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: | ![]() |
![]() | ![]() |
Perempuan - Tangan di atas | Lelaki - Tangan memegang |
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).
TERUSKAN DENGAN MEMBACA |
|
SURAH AL-FATIHAH |
| |
![]() | Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin (*). Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami) * Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).
|
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA: |
| | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
|